Wednesday, October 24, 2012

Perhubungan antara kau dan aku.

     Setiap manusia mesti ada perhubungan manusia antara manusia yang kita panggil kawan, kalau tiada maksudnya orang tu memang macam katak bawah tempurung. duduk lah kau sorang-sorang dalam tu. Kita kenal hati masing-masing which means bukanlah nak jadikan kawan tu pasangan hidup, tapi kalau korang nak buat jugak, go on ajee ! hehe.. 


    Kenal hati kawan kita maksudnya, tahu apa yang dia boleh terima atau tak, boleh sound direct ke tidak, kau kena tahu ada orang tak boleh kena sound direct, satgi ada kawan kau meleleh air mata sebab hati nipis a.k.a hati tisu. Orang jenis hati tisu ni, kau kena cakap slow-slow, dan paling penting cakap point dari otak tu ke mulut kena ada penapis. haaa faham tak? macam ni,  imagine eh kau nak cakap kat kawan kau tu yang dia ada masalah bau badan, supaya dia pakai deodorant sebab kalau tak pakai, dia busuk. Takkan lah kau nak cakap ''weh, lu busuk. lu kena pakai deodorant woi !'' confirm satgi hati dia bagai hati tertusuk dek petir bila kau cakap macam tu. Instead you saying that, lebih baik kau cakap macam ni ''bro ! lu lebih kacak plus wangi kalau lu pakai Rexjona porrr men, siyes gua tak tipu'' haa boleh? kita puji-puji dia sikit bagi kembang seluar dia sampai koyak pastu kritik, nak tambah lagi kalau nak handle orang macam ni, kau jangan cakap depan-depan orang lain. Selesaikan antara kau dan dia sahaja.

Bila berkawan

YEAHHH ! Bila berkawan, 

  • Jangan harap apa2, bila berharap nanti kecewa. Kena ikhlas ye dak? 
  • Tolong selagi yang kita mampu. Tak mampu nak beri duit, kita bagi nasihat, bila bercakap kan percuma tu. 
  • Masa susah senang kena ingat kawan-kawan kau.
  • Call or msg pon boleh sebulan sekali pon jadilah untuk kawan-kawan yang jauh dari kau. Apa guna phone masing-masing mahal, tapi nak call memember pon kedekut? Ada pon call masa birthday je, itu pon nasib baik free.. heh.. jadilah setahun SEKALI kan.
  • Bersangka baik, yelah bila memember tak call or msg, anggap jelah diorang BUSY, bukan lupakan korang.. eh TERcaps lock pula.

Cerita pasal kawan ni, aku teringat kawan-kawan kat aku masa kat SK BSA, SMK BSA, SMK KB, SMK SSI  & UniMAP. Dengan yang mana aku kenal, RINDU KORANG WEH !